TARIKH

: 10 SEPTEMBER 2024

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: 11 ORANG

 

Tujuan

Memberi pengetahuan asas tentang perkakasan komputer, seperti fungsi dan komponen utama (CPU, monitor, papan kekunci, tetikus, dsb.) Memupuk kreativiti melalui aktiviti mewarna digital menggunakan perisian atau aplikasi lukisan. Meningkatkan kemahiran teknikal dengan penggunaan alat-alat digital. Membantu peserta, terutamanya kanak-kanak, mempelajari huruf ABC dengan kaedah interaktif menggunakan video di YouTube.

 

Aktiviti

 

Bengkel ini dirancang untuk memberi asas yang kukuh dalam teknologi komputer sambil memperkenalkan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif. Peserta akan dapat memahami konsep asas perkakasan komputer, menggunakan kemahiran digital untuk mewarna, dan belajar huruf ABC dengan lebih efektif. Peserta akan mengikuti nyanyian atau pengulangan huruf melalui video yang menarik dengan animasi.

 

 

 GAMBAR DI SINI