LAPORAN SEPTEMBER
TARIKH |
: 12 SEPTEMBER 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 1 ORANG |
Tujuan
Mempromosikan NADI Kampung Gedong serta menambah keahlian NADI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di NADI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi.