LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 13 SEPTEMBER 2024

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: 50 ORANG

 

Tujuan

Bengkel ini penting bagi memastikan komuniti luar bandar seperti Kg Gedong tidak ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi, dan membantu mereka memahami serta memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital dalam kehidupan harian dan pekerjaan. Memperkenalkan konsep keselamatan digital, termasuk cara melindungi data peribadi dan identiti dalam talian. Peserta membuat akaun Canva dan meneroka dashboard, termasuk templat reka bentuk sedia ada. Membantu peserta memahami fungsi Canva sebagai alat untuk mencipta reka bentuk grafik tanpa memerlukan kemahiran profesional.

 

Aktiviti

Peserta mencipta akaun perniagaan di platform e-dagang. Mengakses internet dan membuka laman web Canva. Pengenalan asas kepada Canva dan latihan mencipta poster digital menggunakan templat Canva. Peserta belajar cara mengedit dan menyunting imej menggunakan alatan penyuntingan Canva. Melalui aktiviti-aktiviti ini, peserta bengkel akan mempelajari asas reka bentuk digital yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan perniagaan mereka, sambil meningkatkan kemahiran kreatif dan teknikal menggunakan Canva. Pembahagian kits untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan Ibu Mengandung oleh Pustaka Sarawak.

 

GAMBAR DI SINI