LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 10 OKTOBER 2024 |
MASA |
: 10.00 PAGI - 11.30 PAGI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 27 ORANG |
Tujuan
Ini adalah satu inisiatif yang dijalankan secara atas talian melalui Zoom di NADI Kampung Gedong dengan tujuan utama untuk menarik minat masyarakat tempatan menyertai NADI sebagai ahli, serta memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan oleh program tersebut. Taklimat ini bertujuan untuk memupuk keterlibatan masyarakat dalam memperkasakan diri mereka dengan pelbagai kemahiran yang relevan untuk kehidupan seharian dan kerjaya masa depan.
Aktiviti
NADI mahir adalah kursus dalam talian yang menawarkan pelbagai kemahiran praktikal seperti mahir foto iaitu asas fotografi dan suntingan. Mahir baiki gadget iaitu membaiki peranti elektronik. Mahir masak iaitu teknik memasak untuk kegunaan peribadi/perniagaan. Mahir jahit iaitu jahitan asas hingga kompleks. Mahir pertanian iaitu pertanian moden dan organik. Tempoh kelas adalah 1-1.5 jam/sesi, sekali seminggu (3-6 bulan). Dapat belajar bersama pakar industri. Kit dan peralatan juga disediakan di NADI.