Laporan November - Advokasi KDB (Oversharing) & Microsoft Excel (Pengenalan Microsoft Excel & Asas Dalam Membina Helaian Kerja)

 

Tarikh

: 7 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Peserta dapat mengetahui keburukan berkongsi maklumat peribadi dengan orang lain dan dapat membuat tetapan privasi dalam akaun masing-masing kerana ianya melibatkan isu keselamatan peribadi mereka. Selain itu, peserta dapat mewujudkan keseimbangan privasi dan tabiat berkongsi. Selain itu, peserta dapat menambah pengetahuan asas komputer dalam microsoft excel. Memudahkan peserta untuk memasukkan maklumat, menukar, menghapus, serta menambah maklumat yang mereka kehendaki.

 

Aktiviti

 

Peserta di perkenalkan dengan Advokasi KDB "Oversharing'. Tayangan video KDB turut diadakan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta berkenaan berkongsi maklumat peribadi di laman sosial turut diadakan. Selain itu, petugas menerangkan kepada peserta fungsi keselamatan tetapan dalam laman sosial untuk kegunaan peserta. Di samping itu, para peserta diajar excel dimana mereka diajar untuk mengetahui cara membina dokumen baru, memasukkan data, menyimpan data, dan membuka semula data yang telah disimpan.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MICROSOFT EXCEL