Laporan November - Advokasi KDB (Penipuan Kewangan:Pembelian Secara Online), Dashboard Komuniti (Upload Produk Dalam My Shop) & Latihan Keusahawanan (Strategi Dalam Pemasaran & Asas Keusahawanan)
Tarikh |
: 10 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Memupuk minat para peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. Mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI sedia ada. Mempelajari keusahawanan dan cara mempromosi produk. Menambah pengetahuan peserta dalam ICT. Menambah kemahiran keusahawanan para peserta dan cara mempromosi produk dalam My Shop.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Kelas ini meningkatkan tahap penguasaan komputer & cara upload produk ke dalam My Shop. Bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet, tayangan video klik dengan bijak berkenaan etika membeli secara online dan penipuan membeli online turut dijalankan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, DASHBOARD KOMUNITI & KEUSAHAWANAN