Laporan November - Advokasi KDB: Internet Safety, Latihan Keusahawanan (Kedai Dalam Talian) & E-Pembelajaran (Mewarna Online)

Tarikh

: 12 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 8 orang


Tujuan

 

Memberikan ilmu pengetahuan kepada perserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong dan aktiviti yang diadakan di PI. Peserta dapat mempelajari cara membeli barang secara online dan menjual produk mereka sendiri ke dalam talian. Aktiviti sampingan para peserta ialah mewarna online dimana dapat menambah kemahiran mewarna para peserta. Peserta diterangkan mengenai asas keusahawanan, ciri-ciri seorang usahawan, dan strategi pemasaran bagi seorang usahawan dalam perniagaan.

 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Mengajar cara untuk memuat naik gambar produk di laman myshop dengan strategi yang menarik. Mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi latihan kepada para peserta mewarna secara online www.coloringpages4u.com. Petugas juga memberi penerangan berkenaan kedai dalam talian seperti shopee, lazada, mudah.my dan juga dashboard komuniti (My Shop). Selain itu, peserta juga melihat video showing Klik Dengan Bijak yang berkaitan Keselamatan Penggunaaan Internet.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, KEUSAHAWANAN & MEWARNA ONLINE