Laporan November - Advokasi KDB (Maklumat Palsu) & Microsoft Office Power Point (Design Template)
Tarikh |
: 16 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Memastikan peserta memahami keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana untuk mengenal pasti maklumat palsu. Sesi soal jawab dengan petugas juga turut dijalankan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang penggunaan internet yang betul. Memperkenalkan design template pada para peserta bagi memudahkan para peserta untuk mempelajari Microsoft Office Power Point.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan tentang klik dengan bijak dimana ia adalah program kesedaran ke atas pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, petugas menyiarkan tayangan video klik dengan bijak dan video yang bermanfaat untuk menjadi contoh kepada mereka supaya dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara apabila melayari internet. Para peserta di perkenalkan dengan Maklumat Palsu (KDB).
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MICROSOFT OFFICE POWER POINT