Laporan November - Advokasi KDB (Search Engine) & Kemahiran Keusahawanan (Origami)

 

Tarikh

: 21 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Peserta dilatih menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah seperti membuat origami yang menarik dengan menggunakan kertas A4. Mereka membuat origami dengan mengikuti tutorial di laman youtube menguji kemahiran keusahawanan mereka dalam membuat origami. Aktiviti ini memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas, memberi pendedahan kepada para peserta terhadap kewujudan PI Kampung Gedong serta mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI yang sedia ada.

 

 

Aktiviti

 

Sebelum belajar kemahiran keusahawanan, para peserta menyaksikan tayangan video KDB. Seterusnya, peserta diminta melayari laman web youtube untuk dijadikan sumber rujukan ketika membuat origami kelak. Petugas mengajar peserta cara membuat origami yang kemas dan menarik dengan menggunakan kertas A4. Mereka membuat origami mengikut tutorial yang mudah difahami dari youtube. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN