Laporan Disember – Advokasi KDB (Berkongsi Secara Berlebihan), Dashboard Komuniti (Pengumuman Dalam My Komuniti) & E-Pembelajaran (Jigsaw Puzzle Online)
Tarikh |
: 14 Disember 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Menjalankan aktiviti seperti video showing berkaitan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Membantu peserta mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu laman web yang terdapat di internet. Mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak. Menunjukkan cara login penggunaan Dashboard Komuniti dan menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti. Mengajar peserta membuat pengumuman dalam Mykomuniti. Melatih kemahiran berfikir peserta untuk menyelesaikan puzzle yang belum bercantum sehingga puzzle menjadi lengkap.
Aktiviti
Peserta mendengar Ceramah KDB berkenaan (Berkongsi Maklumat Secara Berlebihan). Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut diadakan. Selepas itu, peserta membuat aktiviti latihan jigsaw puzzle online selepas melihat tayangan video Klik Dengan Bijak (Berkongsi Secara Berlebihan). Peserta menyelesaikan puzzle paling senang kepada yang paling susah. Di Samping itu, peserta diminta membuka laman web dashboard. Ia bertujuan memahirkan peserta menggunakan Dashboard Komuniti dan boleh membuat pengumuman dalam My komuniti.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MY KOMUNITI & E-PEMBELAJARAN