Laporan Disember – Advokasi KDB (Aduan), Dashboard Komuniti (Pengumuman Dalam My Komuniti) & Dashboard Komuniti (My Soal: Membuat Aduan/Cadangan Dalam My Soal)

 

Tarikh

: 15 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 12 orang

 

Tujuan

 

Melatih peserta menggunakan laman dashboard komuniti (My Soal) dan cara membuat aduan/cadangan yang betul ke dalam My Soal. Meningkatkan kesedaran pengguna berkenaan penyebaran maklumat palsu di internet yang semakin berleluasa. Memberi pengetahuan internet dan medium yang sesuai untuk membuat Aduan. Peserta menjadi mahir dalam membuat pengumuman dalam My Komuniti dan My Soal. Memperkenalkan aplikasi dashboard kepada komuniti. Menarik minat peserta dating ke PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

 

Peserta menyaksikan tayangan slaid berkenaan Jenayah Siber dan Aduan yang patut dibuat apabila terkena kepada diri individu sendiri. Petugas menerangkan apa perkara yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa jenayah siber. Peserta boleh melaporkan kepada pihak terbabit seperti SKMM, PDRM dan KPDNKK. Seterusnya, peserta diperkenalkan dashboard komuniti iaitu My Soal. Peserta dipandu cara bagaimana membuat aduan dan kepada PBT mana yang harus mereka hantar aduan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta dijalankan samada mereka memahami cara menggunakan aplikasi dashboard iaitu My Soal.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MY KOMUNITI & MY SOAL