Laporan Disember – Advokasi KDB (Check Your Label), Dashboard Komuniti (Pengumuman Dalam My Komuniti) & E-Pembelajaran (Mewarna Online)

 

Tarikh

: 16 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

 

Memupuk kemahiran penguasaan komputer para peserta. Melatih peserta menggunakan dashboard komuniti (My Komuniti). Mendidik para peserta agar tahu asas komputer dan penggunaan internet secara bijak. Membentuk golongan peserta agar kreatif dan inovatif dengan kemahiran computer yang sedia ada. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet (Check Your Label) supaya pengguna lebih berhati-hati sebelum membeli barang dan memastikan produk dibeli ada kelulusan KKM, SKMM dan SIRIM. Melatih kemahiran mewarna para peserta dalam mewarna secara online.

 

Aktiviti

 

Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan oleh petugas. Selepas itu, mereka diajar bagaimana menggunakan aplikasi tersebut dengan cara yang betul. Petugas menerangkan komponen yang terdapat dalam web coloring tersebut. Seterusnya peserta melaksanakan aktiviti tersebut mengikut arahan yang diberi. Aktiviti sampingan iaitu Advokasi KDB (CYL) peserta mendengar penerangan petugas dan mengetahui maklumat cara pembelian barang yang betul supaya menjamin keselamatan pengguna. Seterusnya, peserta membuat pengumuman dalam My Komuniti.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MY KOMUNITI & MEWARNA ONLINE