Laporan Disember – Advokasi KDB (Had Perkongsian Maklumat) & Microsoft Excel (Memasukkan Data Ke Alamat Sel)

Tarikh

: 22 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Excel. Mereka diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi dan peserta diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Ceramah mengenai klik dengan bijak dan laman web dashboard komuniti bertujuan memberi pengetahuan dalam menggunakan internet secara berhemah dan promosi dashboard komuniti kepada peserta.

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Excel. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk memasukkan data ke alamat sel, membuat table, merge cell, menukar Font dan saiz, membuat alignment dan mengemaskini jadual. Selain itu, sesi soal jawab antara petugas diadakan. Petugas membantu para peserta menyiapkan latihan yang diberi dengan memberi tunjuk ajar kepada peserta. Aktiviti sampingan, ialah klik dengan bijak bagi meningkatkan pengetahuan peserta tentang keselamatan melayari internet terutama menggunakan media sosial.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MICROSOFT EXCEL