Laporan Januari - Advokasi KDB (Oversharing), Microsoft Office (Microsoft Word) & Posting Pengumuman Dalam My Komuniti
Tarikh |
: 5 Januari 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 Orang |
Tujuan
Peserta mengikuti kelas klik dengan bijak iaitu oversharing. Melalui kelas ini peserta dapat mempelajari bagaimana menggunakan media sosial dengan betul. Tidak semua maklumat kita perlu kongsi dalam laman sosial kerana banyak kesan negatif akan diperoleh oleh diri indidvidu itu sendiri. Ini kerana ia akan menjejaskan keselamatan pengguna jika berkongsi secara berlebihan maklumat peribadi. Bagi kelas Miscrosoft Word pula adah bertujuan menambah pengetahuan ICT para peserta dalam menggunakan Microsoft Word sekaligus dapat meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Peserta juga menjadi mahir dalam menggunakan dashboard.
Aktiviti
Petugas menyediakan tayangan video dan slaid pembentangan berkenaan “oversharing” kepada peserta yang mengikuti kelas. Peserta juga dipandu cara untuk menggunakan internet secara berhemah dan menetapkan privasi keselamatan dalam media sosial terutama FB. Selain itu. Para peserta juga diajar asas komputer iaitu Microsoft Word. Petugas member bimbingan kepada para peserta dengan mengenali dahulu komponen yang terdapat dalam Microsoft Word sebelum memulakan latihan menaip. Peserta juga membuka laman dashboard komuniti dan membuat pengumuman dalam My Komuniti bagi tujuan berinteraksi kepada peserta yang lain.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MICROSOFT OFFICE & DASHBOARD (MY KOMUNITI)