Laporan Januari – Advokasi KDB (Penipuan Kewangan), Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengenalan Kepada Komputer) & Membuat Aduan Dalam My Soal Kepada PBT
Tarikh |
: 9 Januari 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat peserta agar mengikuti kelas di PI serta member pendedahan kepada komuniti tentang kewujudan PI Kampung Gedong sebagai sumber pembelajaran dan tempat menerokai dunia ICT. Di samping itu, aktiviti dan kelas dianjurkan PI bertujuan member kesedaran kepada para peserta memanfaatkan kemudahan internet dengan perkara yang berfaedah. Ia sekaligus menambah keahlian PI Kampung Gedong sedia ada. Memperkenalkan My Soal serta Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diajak menonton video KDB berkenaan ‘Penipuan Kewangan”. Petugas memberi penerangan kepada para peserta berkenaan jenis penipuan yang berlaku dan sindiket penipuan di dunia siber yang sering mencari mangsa di internet. Petugas menasihati peserta supaya tidak terjebak dengan penipuan kewangan dan lebih berhati-hati ketika menggunakan internet terutama yang melibatkan sejumlah wang. Aktiviti sokongan, peserta diperkenalkan Modul My Soal yang terdapat di dalam Dashboard untuk membuat Aduan kepada pihak PBT.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, TEKNOLOGI MAKLUMAT & DASHBOARD (MY SOAL)