Laporan Januari – Advokasi KDB (Keganasan Siber), Multimedia (Gambar) & Latihan Keusahawanan (Pengenalan Web: Google)

Tarikh

: 10 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

 

Tujuan kelas diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada para peserta keganasan siber yang berlaku pada zaman kini semakin berleluasa. Peserta mendapat info dan pengetahuan daripada petugas bagaimana mengelak diri daripada terjebak jenayah yang berlaku sekarang. Selain itu, membantu peserta memahami kepentingan pengetahuan dalam dunia siber. Kelas ini juga, bagi menambah pengetahuan multimedia peserta dan mengenali laman web yang terdapat di internet seperti google medium mendapatkan info dan maklumat terkini.

 

 

Aktiviti

 

Para peserta diberi tunjuk ajar dan pengenalan laman web yang digunakan untuk memperoleh maklumat dan seterusnya, mereka diajar bagaimana untuk mencari gambar di internet. Peserta turut diajar cara menyimpan gambar ke dalam fail dan juga bagaimana cara mencari laman web gambar iaitu google images. Selain itu, para peserta diberi penerangan klik dengan bijak berkenaan keganasan siber dimana para peserta perlu mengetahui keganasan siber serta kesannya. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MULTIMEDIA & LATIHAN KEUSAHAWANAN