Laporan Januari – Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa & Ahli Squad Volunteer PI Kampung Gedong, Pengenalan PI Kampung Gedong kepada AJK & Squad PI, Pengenalan Dashboard Komuniti serta Modul DK & Install Dashboard Mobile

Tarikh

: 11 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 18 Orang

 

Tujuan

 

Mesyuarat diadakan adalah bagi tujuan Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi PI Kampung Gedong & Perlantikan Squad Volunteer PI Kampung Gedong. Selain itu, ia bertujuan bagi membuat perancangan tahunan Pusat Internet bagi Tahun 2019. Penerangan tugas AJK dan Squad Volunteer kepada yang telah dilantik. Dashboard Komuniti turut diperkenalkan kepada peserta supaya mereka mengetahui kegunaannya dan cara install dashboard mobile menggunakan play store turut diajar kepada mereka. 

 

 

Aktiviti

 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh petugas, memulakan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir bagi menjayakan mesyuarat perlantikan AJK & Squad Volunteer Pusat Internet Kampung Gedong. Petugas turut menerangkan apa yang dimaksudkan dengan PI serta fungsi dan peranan PI yang terdapat di seluruh Malaysia. Mesyuarat diteruskan dengan memperkenalkan Ahli Jawatankuasa di PI. Mesyuarat diteruskan dengan perlantikan Squad Volunteer seramai 15 orang yang telah terpilih oleh Pusat Internet Kampung Gedong. Mesyuarat diteruskan dengan perancangan tahunan PI dan Pengenalan Dashboard Komuniti.

 

Klik Gambar Di Sini  MESYUARAT AJK & SKUAD SERTA PENGENALAN PI & DASHBOARD KOMUNITI