Laporan Januari – Advokasi KDB (Scam), Latihan Keusahawanan (Suntingan Imej) & Latihan Keusahawanan (Microsoft Word: Menu)
Tarikh |
: 14 Januari 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan bagi memberi kesedaran kepada pengguna menggunakan internet secara bijak dan lebih berhati-hati. Ini kerana isu scam semakin berleluasa dimana mereka mencari pemangsa yang mudah terpedaya. Kebanyakan mereka menggunakan taktik kotor dengan meminta pengguna klik link yang diberikan supaya akaun pengguna dapat diakses dan memudahkan pemindahan wang ke akaun scammer. Jadi, melalui kelas KDB, para peserta dapat mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan di internet. Selain itu, kelas keusahawanan diadakan bertujuan mengajar para peserta cara membuat senarai menu untuk perniagaan dan mempelajari suntingan imej, menambah pengetahuan multimedia peserta.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta berkenaan klik dengan bijak dan tayangan video diadakan. Peserta menerangkan kepada peserta menggunakan slaid pembentangan yang disyorkan SKMM. Para peserta bersoal jawab dengan petugas berkenaan isu scam. Selepas itu, para peserta mengikuti kelas keusahawanan dimana para peserta diajar cara menguruskan perniagaan, strategi pemasaran dan kreativiti para peserta dalam menghasilkan menu yang menarik. Para peserta diajar cara mengedit gambar dan memasukkan gambar ke dalam menu. Peserta dipandu cara membuat menu yang menarik dan cantik untuk tujuan promosi.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, LATIHAN KEUSAHAWANAN (SUNTINGAN IMEJ & MS WORD)