Laporan Januari – Advokasi KDB (Keselamatan Komputer), Website (Sosial Media) & Dashboard (My Soal)

Tarikh

: 15 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 5 Orang

 

Tujuan

 

Klik dengan Bijak yang diterangkan petugas, melatih peserta kemahiran mengenali perkakasan computer dan paling penting ciri keselamatan menggunakan computer. Selain itu, menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam menggunakan computer serta mengetahui fungsi keselamatan yang terdapat dalam komputer. Di samping itu, pengenalan website yang terdapat di internet dapat menambah pengetahuan para peserta dalam melayari laman web yang betul dan bagi mendapatkan maklumat. Aktiviti dashboard pula iaitu My Soal dapat menarik minat peserta dalam menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti dimana memberi peluang kepada para peserta untuk membuat sebarang aduan atau cadangan kepada Pihak PBT berkenaan sebarang permasalahan.

 

 

Aktiviti

 

Peserta diperkenalkan dengan Keselamatan Komputer melalui slaid pembentangan yang disediakan oleh Petugas PI Kampung Gedong. Seterusnya, para peserta mendengar penerangan daripada petugas dan sesi soal jawab antara petugas dan peserta tutur dijalankan. Peserta diminta memberi penerangan selepas kelas KDB sama ada mereka faham apa yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, peserta diberi latihan pengenalan berkenaan Website (Laman Sosial) seperti FB, Twitter, Instagram dan sebagainya. Peserta turut diperkenalkan modul My Soal (Dashboard Komuniti). Peserta dipandu cara menggunakan My Soal.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, WEBSITE & DASHBOARD KOMUNITI