Laporan Januari - Advokasi KDB (Hendap Siber), E-Pembelajaran (Mewarna Online), Latihan Keusahawanan (Membuat Resume) & (Mengedit, Menyimpan & Memasukkan Gambar ke dalam Resume)

Tarikh

: 18 Januari 2019

Masa

: 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 11 Orang

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan klik dengan bijak, asas keusahawanan dan cara membuat resume hanya dengan menggunakan Microsoft Word. Selain itu, bagi menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PI. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar OKU menggunakan aplikasi pembelajaran mewarna digital. Di samping itu, aktiviti lain iaitu memberi tunjuk ajar kepada belia dalam membuat resume untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan adanya resume yang teratur, maklumat lengkap dan menarik akan menarik minat majikan untuk mengambil mereka bekerja.

 

Aktiviti

 

Kelas bermula dengan tayangan video KDB untuk tontonan peserta OKU dari PDK Gedong. Para peserta diajar cara menggunakan komputer dengan betul serta mendapat bimbingan daripada Petugas PDK. Peserta menyiapkan latihan yang diberikan oleh Petugas PI. Selain itu, para peserta diberi penerangan dahulu oleh petugas sebelum mewarna secara online. Seterusnya, para peserta melaksanakan arahan yang diberi sehingga siap. Sekiranya tidak faham, petugas PI dan guru pembimbing peserta akan membantu mereka. Seterusnya, selepas kelas bersama peserta PDK, petugas mengajar salah seorang belia untuk menyiapkan resume. Beliau diajar menggunakan Microsoft Word dan Multimedia (Suntingan Imej).

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, E-PEMBELAJARAN & LATIHAN KEUSAHAWANAN