Laporan Januari - Advokasi KDB (Pembelian Secara Online), E-Dagang (Pemasaran Dalam Talian) & Upload Produk Dalam My Shop & View Produk Setempat
Tarikh |
: 19 Januari 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 3 Orang (Belia) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi tujuan melatih golongan peserta menggunakan laman dashboard komuniti dan memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk mempromosikan produk secara atas talian dengan menggunakan My Shop. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengadakan latihan dashboard komuniti serta mempelajari E-Dagang bagi menambah pengetahuan asas keusahawanan para peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. Mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI sedia ada.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI. Setelah mahir meggunakan laman dashboard komuniti (My Shop) para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial. Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan. Selain itu, peserta dipandu cara untuk upload produk dan diajar asas keusahawanan.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, LATIHAN KEUSAHAWANAN & MY SHOP