Laporan Januari – Advokasi KDB (Buli Siber) & Movie Day

 

Tarikh

: 20 Januari 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 12 Orang (Pelajar Sekolah)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan meningkatkan keahlian PI. Peserta mengetahui kewujudan PI dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan mengelakkan gejala yang tidak berpatutan seperti buli siber. Mempromosikan PI Kampung Gedong dengan aktiviti sampingan seperti Movie Day dimana para peserta menyaksikan tayangan video secara percuma di PI.

 

Aktiviti

 

Para peserta diperkenalkan tentang gejala buli siber bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan disoal jawab oleh petugas PI. Peserta juga mempelajari bagaimana mengelak diri daripada terjebak dengan gejala buli siber dimana akan mendatangkan banyak kesan negatif kepada diri individu itu sendiri. Peserta menonton tayangan movie di akhir kelas.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB (BULI SIBER) & MOVIE DAY