Laporan Februari – Advokasi KDB (Merisik), Pengenalan Microsoft Office Word & Pengenalan Dashboard Komuniti

 

Tarikh

: 1 Februari 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 8 Orang

 

Tujuan

 

Memberi pendedahan kepada para peserta Microsoft Office Word. Memberi pendedahan tentang Dashboard Komuniti. Memberi kesedaran kepada Warga Emas kepentingan Klik Dengan Bijak (KDB) dan berhati-hati ketika melayari internet. Menjalankan aktiviti lapangan untuk Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta, memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI Kampung Gedong.

 

 

Aktiviti

 

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Office di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi dalam Microsoft Office. Peserta diperkenalkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Dashboard Komuniti (DK). Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.

 

 

Gambar Di Sini