Laporan Februari - Advokasi KDB (Internet Safety), Pengenalan Dashboard My Komuniti & Posting Pengumuman Dalam My Komuniti

 

Tarikh

: 2 Februari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

 

Mendedahkan peserta mengenai komputer. Membantu peserta mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu laman web yang terdapat di internet. Mendedahkan pelajar mengenai keselamatan ketika melayari internet. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. Meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi dashboard komuniti. Memberi peluang pelajar meluangkan masa cuti mereka dengan aktiviti yang berfaedah di PI Kampung Gedong.

 

 

Aktiviti

 

Petugas menyediakan tayangan video dan slaid pembentangan berkenaan “Internet Safety” kepada peserta yang mengikuti kelas. Peserta juga dipandu cara untuk menggunakan internet secara berhemah dan menetapkan privasi keselamatan. Selain itu. Para peserta juga diperkenalkan dashboard komuniti. Petugas memberi bimbingan kepada para peserta cara membuka laman dashboard komuniti dan membuat pengumuman dalam My Komuniti bagi tujuan berinteraksi kepada peserta yang lain.

 

 

Gambar Di Sini