Laporan Februari – Advokasi KDB (Hendap Siber), Pengenalan Web (Youtube) & DIY Kotak Penyimpanan (Tutorial)

 

Tarikh

: 3 Februari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 12 Orang

 

Tujuan

 

Menambah keahlian PI Kampung Gedong dan menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas yang dianjurkan di PI Kampung Gedong. Memberi pendedahan kepada para peserta tentang hendap siber dan peserta harus lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di media sosial. Di samping itu, peserta diberi latihan E-Pembelajaran iaitu menggunakan youtube sebagai medium pembelajaran dan pendidikan. Meningkatkan kreativiti peserta dalam mereka sesuatu produk menggunakan barang terpakai.

 

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan daripada petugas berkenaan “Hendap Siber”. Peserta diajar klik dengan bijak iaitu bagaimana menggunakan internet secara bijak. Advokasi KDB ini sangat bermanfaat kepada para peserta supaya mereka mengetahui cara mengelak diri daripada mendapatkan menjadi mangsa siber. Selain itu, para peserta juga mempelajari laman web youtube. Mereka dipandu cara oleh petugas berkenaan Youtube dan diberi latihan membuat kotak penyimpanan (DIY) dengan merujuk youtube.

 

 

Gambar Di Sini