Laporan Februari – Advokasi KDB (CYL), Pengenalan Web (Youtube) & Multimedia (Gambar)

 

Tarikh

: 4 Februari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

 

Memupuk minat peserta agar mengikuti kelas di PI serta memberi pendedahan kepada komuniti tentang kewujudan PI Kampung Gedong sebagai sumber pembelajaran dan tempat menerokai dunia ICT. Memberi kesedaran kepada para peserta memanfaatkan kemudahan internet dengan perkara yang berfaedah. Menambah keahlian PI Kampung Gedong sedia ada. Memperkenalkan Laman Web Youtube dan Multimedia (Menyimpan dan Mengedit Gambar). Memberi kesedaran pengguna menyemak label nama sesuatu produk sebelum membeli supaya tidak tertipu.

 

 

Aktiviti

 

Peserta diajak menonton video KDB berkenaan ‘CYL”. Petugas memberi penerangan kepada para peserta berkenaan jenis penipuan yang berlaku dan sindiket penipuan di dunia siber yang sering mencari mangsa di internet dengan menjual produk-produk tiruan. Petugas menasihati peserta supaya memastikan produk mempunyai label SIRIM, KKM & agensi yang telah berdaftar. Peserta diperkenalkan youtube dan mempelajari multimedia serta fungsinya.

 

 

Gambar Di Sini