Laporan Februari – Advokasi KDB (Momo Challenge), Latihan Keusahawanan (Pengenalan Microsoft Excel) & E-Pembelajaran (Kuiz Online)

 

Tarikh

: 8 Februari 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 12 Orang

 

Tujuan

 

Mendedahkan peserta mengenai Microsoft Excel serta fungsi. Membantu peserta mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu laman web yang terdapat di internet. Mendedahkan pelajar mengenai kuiz interaktif pembelajaran secara online. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. Mempromosi aktiviti dan menambah keahlian PI Kampung Gedong. Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet.

 

 

Aktiviti

 

Para peserta diberi penerangan mengenai aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan Latihan Asas Keusahawanan iaitu Microsoft Excel bagi meningkatkan pengetahuan peserta. Peserta diperkenalkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) dan peranan warga digital dalam membanteras gejala yang tidak baik seperti Momo Challange. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Aktiviti Sampingan peserta ialah menjawab kuiz online secara individu.

 

Gambar Di Sini