Laporan Februari – Advokasi KDB (Mobile E-Waste), Latihan Keusahawanan (Business Card) & Dashboard (My Shop)
Tarikh |
: 9 Februari 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Memberi kesedaran penggunaan internet di kalangan peserta serta memberitahu cara melupus smartphone lama yang tidak boleh diguna pakai lagi dengan cara yang betul. Memberi kesedaran cintai alam sekitar kepada pengguna melalui Avokasi KDB (Mobile E-Waste). Menambah kemahiran keusahawanan para peserta dengan cara membuat business card (kad nama) untuk perniagaan yang mereka jalankan. Meningkatkan pemahaman peserta tentang dashboard komuniti serta modul My Shop.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta menggunakan slaid pembentangan yang disyorkan SKMM berkenaan Mobile E-Waste. Petugas memberi penerangan kepada peserta berkenaan klik dengan bijak dan tayangan video. Selepas itu, para peserta mengikuti kelas keusahawanan dimana para peserta diajar cara meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan kad nama yang menarik. Para peserta diajar cara mengedit gambar dan memasukkan gambar ke dalam “business card”. Peserta dipandu cara membuat kad nama yang menarik dan cantik untuk tujuan promosi.