Laporan Februari - Advokasi KDB (Scam), Microsoft Power Point (Insert Table) & Latihan Keusahawanan (Sosial Media)

 

Tarikh

: 11 Februari 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

 

Memastikan peserta memahami keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana untuk mengenal pasti maklumat atau info palsu. Meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta tentang penggunaan internet yang betul. Program kesedaran ke atas pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dalam kehidupan seharian mereka. Memperkenalkan design template pada para peserta bagi memudahkan para peserta untuk mempelajari Microsoft Office Power Point. Meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta.

 

Aktiviti

 

Peserta diperkenalkan tentang klik dengan bijak. Selain itu, petugas menyiarkan tayangan video klik dengan bijak dan video yang bermanfaat untuk menjadi contoh kepada mereka supaya dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara apabila melayari internet. Para peserta di perkenalkan dengan Microsoft Power Point dan Latihan Keusahawanan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet juga diberikan oleh petugas kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta.

 

 

Gambar Di Sini