Laporan Februari – Mesyuarat AJK & Squad Volunteer Sempena Hari Bersama Komuniti PI Kampung Gedong 2019

 

Tarikh

: 12 Februari 2019

Masa

: 3.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 23 Orang

 

Tujuan

 

Mesyuarat diadakan adalah bagi tujuan perbincangan mengenai Hari Bersama Komuniti yang bakal tiba tidak lama lagi iaitu pada 24 Februari 2019. Selain itu, ia bertujuan bagi pembahagian tugas pada Hari Bersama kepada AJK dan Squad Volunteer yang telah dilantik. Perbincangan mengenai aktiviti yang akan diadakan dan isu-isu lain yang berkaitan. Menambah keahlian PI Kampung Gedong serta mempromosikan PI kepada komuniti setempat.

 

 

Aktiviti

 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh petugas, memulakan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir, AJK & Squad Volunteer Pusat Internet Kampung Gedong. Petugas turut menerangkan berkenaan Hari Bersama Komuniti dan Agenda Mesyuarat. Mesyuarat diteruskan dengan mendengar idea-idea bernas daripada AJK & Squad Volunteer berkenaan program yang akan diadakan oleh Pusat Internet Kampung Gedong. Sesi soal jawab turut diadakan.

 

Gambar Di Sini