Laporan Februari - Advokasi KDB (Hak & Tanggungjawab Warga Digital), Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi (Emel) & Latihan Keusahawanan (Membuat akaun Gmail)

 

Tarikh

: 13 Februari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 Orang

 

Tujuan

 

Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengadakan latihan membuat akaun gmail. Meningkatkan pengetahuan asas keusahawanan para peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. Mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI sedia ada. Memberi kesedaran tentang hak dan tanggungjawab sebagai warga digital.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi pendedahan mengenai emel serta fungsi. Peserta dipandu cara membuat akaun gmail serta diajar cara menghantar email. Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan. Peserta menyaksikan tayangan video KDB dan slaid pembentangan yang disyorkan oleh SKMM. Peserta diberi maklumat berkenaan isu-isu semasa dan bagaimana cara mengelak diri daripada terjebak jenayah dunia siber yang kian berleluasa.

 

Gambar Di Sini