Laporan Februari – Advokasi KDB (Peeking), E-Pembelajaran (Permainan Pendidikan) & Kuiz Kahoot Online
Tarikh |
: 14 Februari 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi tujuan meningkatkan keahlian PI. Peserta mengetahui kewujudan PI dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan mengelakkan gejala yang tidak berpatutan. Mempromosikan PI Kampung Gedong dengan aktiviti sampingan seperti permainan pendidikan dimana para peserta mewarna secara atas talian serta menjawab kuiz kahoot secara online.
Aktiviti
Para peserta diperkenalkan tentang peeking bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan disoal jawab oleh petugas PI. Peserta juga mempelajari bagaimana mengelak diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak berfaedah dimana akan mendatangkan banyak kesan negatif kepada diri individu itu sendiri. Peserta menjawab kuiz kahoot secara individu dan mewarna online di www.coloringpages4u.com.