Laporan Februari – Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Gedong
Tarikh |
: 23 & 24 Februari 2019 |
Masa |
: 7.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 885 Orang |
Tujuan
Untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti Kg Gedong serta fungsi dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Disamping itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan dashboard komuniti serta sebagai salah satu medium pemberitahuan untuk advokasi KDB kepada komuniti. Seterusnya program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan antara Petugas Pusat Internet dengan Komuniti disamping menambah bilangan ahli Pusat Internet. Selain itu, dapat meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain dalam melaksanakan program, meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dan memberi peluang pada komuniti untuk bersama keluarga memanfaatkan hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah anjuran PI Kampung Gedong. Mempromosikan PI Kampung Gedong kepada orang luar dan juga komuniti tempatan.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada Hari Bersama Komuniti PI Kampung Gedong selama dua hari. Antara intipati program adalah Pengenalan PI Kg Gedong, Advokasi KDB, Pengenalan Dashboard Komuniti, Ceramah Keusahawanan bersama ASNB, Taklimat Keselamatan bersama Bomba & Penyelamat Simunjan, Pameran daripada pelbagai agensi seperti Agensi Anti Dadh Kebangsaan (AADK), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Balai Bomba & Penyelamat Simunjan, Usahawan Tempatan (Seri Gedong Songket, PERMATA Songket, Tupperware). Antara aktiviti lain ialah pemeriksaan kesihatan PERCUMA dan pap smear oleh Klinik Kesihatan Gedong & KOSPEN, Derma Darah (Makmal Derma Darah Simunjan), & Pemeriksaan Gigi PERCUMA oleh Klinik Pergigian Hospital Serian. Pelbagai pertandingan ICT dan sukaneka turut dijalankan pada hari tersebut. Pendaftara ahli secara PERCUMA juga diadakan sempena Perasmian Hari Bersama PI Kampung Gedong pada 24 Februari 2019.