Laporan Mac – Advokasi KDB (Cyberbullying), E-Pembelajaran (Mewarna Digital) & Dashboard (My Komuniti)
Tarikh |
: 2 Mac 2019 |
Masa |
: 8.30 Pagi – 11.30 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memperkenalkan sistem aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh di muat turun melalui google play store kepada peserta. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet dan pengetahuan peserta. Meningkatkan kreativiti peserta dalam kemahiran mewarna digital.Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan komponen serta fungsi yang terdapat pada komputer.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti serta fungsi. Peserta diberi pendedahan menggunakan laman web pembelajaran iaitu mewarna digital secara online. Peserta juga diperkenalkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu cyberbullying dan aktiviti diakhiri dengan sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.