Laporan Mac – Advokasi KDB (Investment Scam), Latihan Keusahawanan (Pemasaran Atas Talian) & Dashboard (My Shop)

Tarikh

: 5 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 4 Orang

 

Tujuan

Melatih peserta menggunakan laman web perniagaan secara online iaitu My Shop. Mendidik para peserta yang berniaga secara kecil-kecilan untuk membuat promosi secara atas talian seperti perniagaan produk makanan basah, kecantikan dan lain-lain. Membentuk golongan peserta agar kreatif dan inovatif dengan menggunakan kemahiran komputer yang ada dan menggunakan laman web sebagai medium perniagaan untuk menambah pendapatan. Meningkatkan ciri keselamatan dalam penggunaan internet.

 

Aktiviti

Peserta diajar cara menggunakan laman web dashboard komuniti dan bagaimana cara membeli atau mempromosi produk mereka supaya produk mereka dapat dipasarkan secara meluas. Setelah mahir menggunakan My Shop, peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menarik minat pengguna membeli produk mereka. Cara memasukkan maklumat produk dan cara pembelian produk turut diajar kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan semasa Advokasi KDB dijalankan.

 

Gambar Di Sini