Laporan Mac – Advokasi KDB (Semak Sebelum Sebar), Multimedia (Suntingan Imej) & Power Point (Membuat Slaid Pembentangan)

 

Tarikh

: 11 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

Memberi kesedaran keselamatan penggunaan internet kepada pengguna. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet juga diberikan oleh petugas kepada para peserta. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Mempelajari Microsoft Power Point dan cara memasukkan gambar ke dalam slaid pembentangan. Menambah pengetahuan ICT para peserta dalam menggunakan internet seperti membuat suntingan imej dan menukar design slaid pembentangan mengikut kreativiti masing-masing.

 

Aktiviti

Peserta diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak dan tayangan video KDB. Sesi soal jawab dengan petugas berkenaan video yang ditayangkan juga turut dijalankan. Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Power Point dan bagaimana menghasilkan slaid yang menarik dengan memasukkan imej dan design ke dalam slaid.