Laporan Mac – Website (Asas Pembangunan Laman Web), Dashboard (My Komuniti) & Movie Day

 

Tarikh

: 12 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 Orang

 

Tujuan

Meningkatkan keahlian PI. Peserta mengetahui kewujudan PI dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak. Memperkenalkan Dashboard Komuniti dan cara membuat pengumuman dalam My Komuniti kepada para peserta. Mempromosikan PI Kampung Gedong dengan aktiviti sampingan seperti Movie Day.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan berkaitan Laman Web. Peserta dipandu cara mencari imej daripada google dan mempelajari cara menyimpan gambar ke dalam folder mengikut langkah demi langkah. Peserta mendengar arahan daripada petugas dan menyimpan gambar ke dalam folder yang disediakan. Seterusnya, peserta diminta membuat pengumuman dalam dashboard komuniti. Akhir sekali, peserta menyaksikan tayangan video secara percuma di PI.