Laporan Mac – Advokasi KDB (Scam the Scammer), Pengenalan Web (Youtube) & E-Pembelajaran (DIY Origami Ikan)

 

Tarikh

: 13 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 4 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan tentang asas laman web dan menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Pengenalan kepada latihan asas keusahawanan dengan aplikasi Youtube. Meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu produk berdasarkan sumber rujukan youtube.

 

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan Advokasi KDB, Scam The Scammer serta kepentingan berwaspada dalam berkongsi maklumat. Peserta diperkenalkan dengan fungsi Web Youtube serta kegunaannya. Peserta juga di ajar cara membuat origami ikan menggunakan kertas dengan video rujukan melalui Youtube. Peserta turut diberitahu aktiviti Pusat Internet pada masa akan datang sebelum sesi soal jawab dengan petugas.