Laporan Mac – Pengenalan Web (Permohonan Kemasukan UPU: upu.moe.gov.my, Laman Web Spa.Gov.My & E-Recruitment)

 

Tarikh

: 17 Mac 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 5 Orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara melayari laman web rasmi kerajaan untuk memohon pekerjaan selepas tamat SPM. Memperkenalkan web untuk permohonan kemasukan ke UPU dan pengisian kekosongan kerja di laman web e-recruitment. Para peserta didedahkan cara mengisi kekosongan jawatan dan maklumat yang perlu diisi dalam system permohonan. Memberi peluang peserta menerokai Dunia ICT dengan berfaedah.

 

Aktiviti

Peserta diminta menyediakan dokumen yang lengkap sebelum mengisi mana-mana web yang mereka kehendaki. Seterusnya, peserta diperkenalkan laman web SPA, dipandu cara melayari laman web e-recruitment bagi tujuan permohonan pekerjaan. Para peserta diperkenalkan cara untuk mengisi permohonan kemasukan ke UPU mengikut langkah yang betul. Peserta diajar cara menyimpan dokumen yang telah siap dimasukkan ke dalam pendrive masing-masing. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta.