Laporan Mac – Advokasi KDB (Penipuan Belian Secara Online), Dashboard (My Shop) & Latihan Keusahawanan (Upload Produk Dalam My Shop)

Tarikh

: 18 Mac 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 6 Orang

 

Tujuan

Melatih golongan peserta menggunakan laman dashboard komuniti dan memberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk secara atas talian dengan menggunakan My Shop. Menambah kemahiran peserta dalam perniagaan. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI. Setelah mahir menggunakan laman dashboard komuniti peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial. Advokasi KDB tentang penipuan belian secara online dapat memberi kesedaran keselamatan kepada pengguna internet untuk berbelanja dengan bijak.