Laporan April – Advokasi KDB (Mobile E-Waste), Perkakasan Komputer (Asas Penjagaan Komputer) & Perisian Komputer (Antivirus)

 

Tarikh

: 1 April  2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 8 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Melalui kempen Mobile E-Waste para peserta diajar membuang sisa telefon lama atau yang telah rosak dibuang ke dalam kotak yang disediakan bagi tujuan pelupusan sisa telefon tersebut. Selain itu, para peserta diajar cara mengenali komponen computer, perisian computer dan mengetahui cara penjagaan computer yang betul.

 

Aktiviti

Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, para peserta diajar bagaimana hendak membersihkan virus di dalam komputer dan bagaimana untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus. Akhir sekali, kempen Mobile E-Waste kepada para peserta.

 

Gambar Di Sini