Laporan April – Advokasi KDB (Klik Dengan Bijak), E-Pembelajaran (Mewarna Digital) & Permainan Pendidikan (Jigsaw Puzzle Online)

 

Tarikh

: 3 April 2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 9 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bagi tujuan memberi penerangan kepada peserta tentang keselamatan menggunakan internet. Selain itu, peserta dipandu cara untuk mewarna digital bagi menambah kemahiran para peserta dalam menggunakan kreativiti mereka memilih warna untuk sesuatu objek.  Di samping itu, para peserta mempelajari cara menyusun puzzle yang berselerak menjadi satu imej dengan menggunakan link yang diberi oleh petugas.

 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan tentang KDB (Klik Dengan Bijak). Para peserta mendengar penerangan daripada petugas dan menyaksikan tayangan video KDB. Selain itu, para peserta diarah untuk menyiapkan lukisan yang belum berwarna mengikut warna yang sesuai. Seterusnya, aktiviti menarik menguji minda para peserta iaitu permainan pendidikan secara atas talian iaitu Jigsaw Puzzle Online.

 

Gambar Di Sini