TARIKH |
: 24 SEPTEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA (9 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara membuat aduan/cadangan kepada phak PBT serta diperkenalkan My Place. Peserta diperkenalkan dengan Modul My Soal & My Place dengan lebih terperinci lagi berdasarkan panduan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas PI Gedong supaya mereka lebih cepat faham. Menguji kemahiran berfikir para peserta dengan cara menjawab kuiz ICT secara online.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara memasukkan tempat menarik ke dalam My Place serta membuat My Soal mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Para peserta dapat menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak PBT.