TARIKH |
: 17 NOVEMBER 2019 |
MASA |
: 2.30 PETANG - 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: WANITA (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam bidang keusahawanan. Peserta mempelajari asas keusahawanan serta diperkenalkan laman web perniagaan secara atas talian seperti shopee, mudah.my, lazaada, dashboard my shop, dan facebook. Mempelajari cara menjana pendapatan dengan menggunakan media sosial dan mengembangkan perniagaan lebih meluas. Perniagaan juga menjadi semakin maju dan mempelajari ilmu solekan secara percuma bersama Mary Kay.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas keusahawanan dan kemahiran asas solekan kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara pengiklanan produk secara atas talian bagi mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bidang keusahawanan. Program dijalankan bersama Pn Katina daripada Mary Kay.