LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 26 & 27 NOVEMBER 2019 |
MASA |
: 8.30 PAGI - 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KG GEDONG |
PESERTA |
: KOMUNITI KG GEDONG |
Tujuan
Memperkenalkan Pusat Internet serta fungsi dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Mendekatkan lagi hubungan antara Petugas Pusat Internet dengan Komuniti disamping menambah bilangan ahli Pusat Internet. Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain dalam melaksanakan program, meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dan memberi peluang pada komuniti untuk menjana pendapatan melalui Youtube. Mempromosikan PI Kampung Gedong kepada orang luar dan juga komuniti tempatan.
Aktiviti
Pengenalan PI Kg Gedong serta perkhidmatan yang disediakan PI Kg Gedong kepada para peserta. Jemputan Youtuber terkenal iaitu Cardock yang memberikan tips dan cara menjana pendapatan melalui kaedah online iaitu membuat akaun youtube. Cardock mengajar peserta mempromosi video dan memperoleh subscriber yang banyak supaya dapat memperoleh duit melalui youtube. Pada hari ke-2 pula, En Khalik memberi tunjuk ajar bagaimana menjana pendapatan melalui FB Page kepada para peserta. Pelbagai tips dan info diberikan kepada peserta. Menjana pendapatan dengan cara menggunakan aplikasi youtube dan facebook.