RANTING PEMUDA N.26 GEDONG

Persatuan Belia Kampung Gedong bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan berbentuk kemasyarakatan dan kesukanan. Mereka akan mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antaranya ialah bermain futsal, bola tampar, sepak takraw, bola baling, badminton, gasing dan sebagainya. Apabila ada program di Kampung Gedong para belia ini memainkan peranan yang penting untuk memeriahkan dan memastikan program yang dijalankan di sini berjalan dengan lancar.