RANTING WANITA N.26 GEDONG

Golongan wanita merupakan antara golongan yang aktif di kawasan Kampung Gedong. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh golongan wanita di sini untuk mengisi waktu yang terluang dan menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah. Antaranya ialah Pertandingan Masakan, Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Mengubah Bunga, dan Pertandingan Mendeko Kek. Selain itu, mereka mempelajari cara mebuat kek secara berkumpulan mengikut zon masing-masing. Pengajar dari Gedong sendiri yang akan memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Kebanyakan wanita di Kampung Gedong ini meminati bidang perniagaan.

Oleh yang demikian, dengan adanya PI, golongan wanita ini boleh bergiat aktif secara global dan intelektual untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ICT dan Keusahawanan. Golongan wanita di sini aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti luaran yang lain juga. Mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti melakukan majlis kenduri, aktiviti gotong-royang dan pelbagai aktiviti-aktiviti luaran lain. Banyak program juga yang telah dianjurkan oleh Persatuan Wanita Gedong.