Gedong mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati bagi penggemar songket. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Bumi Kenyalang juga memiliki songket dengan pesonanya yang tersendiri. Sesiapa yang ingin melihat sendiri bagaimana cara menenun songket dan ingin membeli Songket Sarawak boleh berkunjung ke Seri Gedong Songket yang terletak di Kampung Gedong. 

Pemilik Seri Gedong Songket iaitu Ramtiniwaiti Binti Ramlee berkata “Di Sarawak, orang dahulu memanggil songket sebagai ‘kain’, Ianya sekarang dikenali sebagai ‘kain belatak’, ‘kain penakan’,’kain berunei’ dan ‘kain berturus’. “Songket yang dihasilkan mengikut tempahan pelanggan, lebih lama tempoh menenun, kesukaran motif, jenis benang serta nilai kepada songket yang ditenun itu menjadi faktor kepada harga jualan. Setakat ini songket paling murah dihasilkan serta dijual ialah RM1,800 manakala paling mahal RM12,000,” katanya. 

 

0da1e570e1980b910264e20eacc3bffe5bd521508450b

Sumber:  Laman Web BERNAMA.com

 

Klik FB Page Di Sini SERI GEDONG SONGKET FB PAGE

Klik Video Di Sini Menarik Di Asajaya Dan Simunjan (Seri Gedong Songket)