LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 3 NOVEMBER 2024 |
MASA |
: 3.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 5 ORANG |
Tujuan
Kelas Menaip Artikel Menggunakan Microsoft Word di NADI Kampung Gedong adalah inisiatif bertujuan untuk memperkasakan pelajar dengan kemahiran asas menaip dan menggunakan perisian Microsoft Word. Meningkatkan kemahiran literasi digital dalam kalangan peserta. Memastikan mereka lebih bersedia menggunakan teknologi untuk pembelajaran dan tugasan harian, serta memperkasa mereka dengan kemahiran yang relevan dalam kehidupan digital masa kini.
Aktiviti
Pengenalan kepada Microsoft Word iaitu Asas antaramuka perisian Microsoft Word. Fungsi utama seperti membuat dokumen baru, menyimpan, dan membuka fail. Sesi praktikal menaip artikel ringkas, termasuk cara menambah tajuk, perenggan, dan format teks (bold, italic, underline). Peserta diajar cara menyunting teks, seperti memotong, menyalin, dan menampal (cut, copy, paste), serta menggunakan alat pemeriksaan ejaan dan tatabahasa. Latihan akhir di mana peserta akan menaip artikel pendek, menyimpan dokumen, dan berkongsi hasil kerja dengan petugas NADI.