LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 2 OKTOBER 2020 |
MASA |
: 8.00 PAGI - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN WANITA (5 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Asas Keusahawanan dan Modul Keusahawanan iaitu Microsoft Office Word, Excel dan dashboard komuniti (My Shop). Peserta mempelajari cara membuat surat rasmi, upload produk ke dalam My Shop, dan membuat jadual.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Word, Excel dan juga Dashboard Komuniti. Selain itu, peserta mempelajari cara mempromosi produk secara atas talian.